BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Ajaran sesat

erm...

saya tertarik dengan isu ini...
ia seakan menampar orang Islam...
dari zaman merdeka hingga ke hari ini...
banyak ajaran-ajaran sesat yang telah timbul...
dan tidak kurang juga ramai yang mengikutnya...
kekadang golongan yang mengikutnya terdiri daripada...
golongan2 yang profesional....

apakah itu ajaran sesat...?

ajaran sesat ialah satu ajaran yang telah menyelewengkan agama islam..
sudah pasti yang mengikutnya ialah orang Islam...
sebab itulah dinamakan ajaran sesat...
sesat dari jalan yang lurus...
menyimpang dari jalan yang betul...

mengapa ia terjadi..?

kerana ramai yang ingin mencari jalan mudah ke syurga...
kerana ramai yang tidak mempelajari ajaran Islam secara menyeluruh...
kerana ramai yang lemah imannya...
kerana ramai yang lupa akan Allah...
kerana ramai yang jauh dari Al-quran....
kerana ramai yang terkena dengan serangan saraf golongan kafir laknatullah....

erm...

kekadang saya terfikir...
apakah yang ada pada pembawa ajaran sesat ini sehingga ramai yang mengikutnya...
kalu dilihat...
mereka tidaklah berapa hensem...
bijak tidak seberapa...
hanya buat-buat bijak...
tapi apakah yang menarik pada mereka..??

sesungguhnya mereka ini telah dihiasi oleh syaitan dengan secantik2 perhiasan...
ramai yang telah tertipu dengan perhiasan syaitan...
sabda nabi....

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ...

" Sesungguhnya syaitan itu hadir disisi setiap dari kamu pada setiap pekerjaanmu..."

nah...


Bagi orang yang berpendidikan rendah, syaitan membangkitkan teori-teori kosong...
kepada mereka agar kelihatan bijak...
Maka lahirlah dari mereka pelbagai “petua ini dan amalan itu” yang tidak berasal dari Allah dan Rasul-Nya, tetapi berasal dari syaitan dan kuncu-kuncunya...
Semua petua dan amalan tersebut diikuti secara membuta oleh orang-orang yang berpendidikan tinggi kerana syaitan telah menakutkan mereka daripada mengkaji dalil dan mencari hujah....

Bagi orang yang memiliki pemikiran yang cemerlang...
syaitan menghiasi mereka dengan teori-teori yang canggih....
Orang-orang seperti ini banyak kita temui sekarang ini...
dimana mereka bercakap dengan nada Islam tetapi...
dengan isi kandungan yang menafikan ketuhanan (ateis)...
kemusyrikan dan kekufuran....

Sebagai contoh saya ambil...
ajaran Abdul Kahar Ahmad...
dia dianggap sebagai rasul melayu...

mengapa ramai yang mengikutnya...?
apakah keistimewaannya...?
sehingga taksub dengan ajarannya...?

bagi saya...
kerana ajarannya mudah....
solat hanya dalam hati....
dijamin masuk syurga....
dan sebagainya....

sehingga ada yang sanggup mengakui bahawa ajarannya masih betul...
apabila si Kahar ini telah dijatuhi hukuman....

saya memetik berita dari Harian Metro...
31 Oktober 2009
" KUALA LUMPUR: “Kami tidak akan lari atau bersembunyi, malah saya mengajak rakan lain menemui Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) secara sukarela,” kata bekas penyanyi kumpulan reggae era 80-an yang menjadi pengikut taksub ajaran Abdul Kahar Ahmad atau `Rasul Melayu’. "


Alangkah ruginya mereka yang terpesong dari agama Islam...
sesungguhnya tiada jalan pintas untuk ke syurga...

Firman Allah :

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah..... " ( Surah Al-Baqarah : 214 )

Berwaspadalah kita terhadap serangan ini...
sesungguhnya musibah yang paling besar...
ialah musibah yang melanda agama....
ketika itu...
manusia mengikut hawa nafsu...
pemikiran yang tidak berlandaskan agama...
mereka sesat lagi menyesatkan...
mereka jauh dari Allah.....

kerana inilah nabi berdoa...:

وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِى دِينِنَا, وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا, وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا, وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan musibah mengenai agama kami, dan janganlah engkau jadikan dunia sebagai sebesar-besar keinginan kami dan tujuan akhir dari ilmu kami, dan janganlah Engkau kuasakan atas kami orang-orang yang tidak menyayangi kami (HR at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

Kita berdoa pada Allah

agar dijauhkan dari musibah terbesar ini....

sesungguhnya kita umat Muhammad adalah umat yang terpilih...

yang menjadi saksi keatas umat terdahulu diakhirat kelak....

firman Allah...:

" Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu... " ( Surah Al-Baqarah : 143 )

renung-renungkan....

(^_^)





Wednesday, October 28, 2009

perjalanan kita

assalamualaikum….

sedarkah kite sume..bila mula2 skali kite dilahirkan di dunia ini…kite menangis sedangkan orang disekeliling kite tersenyum menyambut kelahiran kite….apabila kite dilahirkan…kite telah diberi pingat gagah berani…pingat ini diberikan kepada kite kerana kite sahaja yang sanggup memikul taklif khalifah di bumi…jawatan tersebut telah ditawarkan kepada sekalian makhluk…namun hanya manusia sahaja yang sanggup untuk memegang jawatan tersebut…mengapa..??? bukankah Allah telah berfirman didalam surah At-Tin…"Telah aku ciptakan manusia ini sebaik2 kejadian.." hal ini telah membuktikan bahawa manusialah yang paling layak untuk memegang taklifat sebagai khalifah Allah dibumi ini…namun adakah layak untuk kita sebenarnya memegang taklifat ini…para malaikat juga pernah menyindir manusia…dan dirakamkan oleh Allah didalam surah Al-Baqarah…"Ketika Allah berkata,Aku ingin menjadikan didunia ini seorang khalifah..lalu malaikat bertanya, mengapa Kamu ingin menjadikan didunia ini mereka yang melakukan kefasadan dan saling menumpahkan darah antara satu dengan lain…sedangkan kami bertasbih, bertahmid dan menyucikan diri pada Engkau..lalu berkata Allah, sesungguhnya aku ini lebih mengetahui ape yang tidak engkau ketahui…" nah disini Allah telah mengangkat manusia…Allah jualah sebaik2 perancang…

namun jika dilihat pada zaman kini…adakah manusia ini layak untuk memegang taklifat khalifah…adakah silap Allah merancang…jawapnnye semestinya TIDAK…perancangan Allah itu sangat rapi…salahnya diri manusia itu sendiri yang semakin alpa dengan dunia yang dihiasi syaitan dengan ’sebaik2′ perhiasan…manusia telah jatuh kepada perangkap syaitan…bukankah syaitan telah meminta izin daripada Allah untuk meyesatkan anak cucu nabi Adam…Allah telah mengizinkan dan juga telah memberi jaminan bahawa mereka yang tetap dengan agama Allah tidak akan boleh diperdayakan oleh syaitan..nah disini..salah siapa yang menyebabkan manusia ini semakin alpa dengan dunia…

ketahuilah ikhwanku semua…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri…dan yakinlah..janji Allah itu benar…

justeru itu…ambillah kembali pingat gagah berani yang diberi oleh Allah untuk kite…ingatlah kembali perjanjian kite kepada Allah sebelum kite diizinkan oleh Allah untuk lahir di dunia ini…Allah bertanya.."Alastu birabbikum qalu bala..shahidna.." (bukankah Aku ini Tuhan kamu..manusia menjawab..YA..bahkan kami telah bersaksikannya)…kemanakah perginya janji yang telah kite ucapkan…maka siapakah yang melanggar janji..Allah atau manusia…??? fikir2kanlah…sungguhpun kite melanggar janji..namun Allah itu tetap Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Pengasih…

Ya Allah..kami berlindung dengan Engkau dari syaitan yang direjam…perbaikilah diri kami…tunjukilah untuk kami jalan kebenaran..jalan orang2 yang Engkau beri nikmat dari kalangan para nabi, syuhada, sodiqin, solihin dan mereka yang mengikut jalan Kamu…lindingilah diri kami, keluarga kami, anak2 kami, dan sekalian umat muslim daripada azab api neraka.. dan kami memohon daripada-Mu Ya Allah..masukkanlah kami kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai2…hindarilah diri kami dari azab kubur, padang mahsyar dan neraka…Ya Allah perkenankanlah doa kami…Amiin Ya Rabbal ‘alamin…

-ibnu sabil-