BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Ajaran sesat

erm...

saya tertarik dengan isu ini...
ia seakan menampar orang Islam...
dari zaman merdeka hingga ke hari ini...
banyak ajaran-ajaran sesat yang telah timbul...
dan tidak kurang juga ramai yang mengikutnya...
kekadang golongan yang mengikutnya terdiri daripada...
golongan2 yang profesional....

apakah itu ajaran sesat...?

ajaran sesat ialah satu ajaran yang telah menyelewengkan agama islam..
sudah pasti yang mengikutnya ialah orang Islam...
sebab itulah dinamakan ajaran sesat...
sesat dari jalan yang lurus...
menyimpang dari jalan yang betul...

mengapa ia terjadi..?

kerana ramai yang ingin mencari jalan mudah ke syurga...
kerana ramai yang tidak mempelajari ajaran Islam secara menyeluruh...
kerana ramai yang lemah imannya...
kerana ramai yang lupa akan Allah...
kerana ramai yang jauh dari Al-quran....
kerana ramai yang terkena dengan serangan saraf golongan kafir laknatullah....

erm...

kekadang saya terfikir...
apakah yang ada pada pembawa ajaran sesat ini sehingga ramai yang mengikutnya...
kalu dilihat...
mereka tidaklah berapa hensem...
bijak tidak seberapa...
hanya buat-buat bijak...
tapi apakah yang menarik pada mereka..??

sesungguhnya mereka ini telah dihiasi oleh syaitan dengan secantik2 perhiasan...
ramai yang telah tertipu dengan perhiasan syaitan...
sabda nabi....

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ...

" Sesungguhnya syaitan itu hadir disisi setiap dari kamu pada setiap pekerjaanmu..."

nah...


Bagi orang yang berpendidikan rendah, syaitan membangkitkan teori-teori kosong...
kepada mereka agar kelihatan bijak...
Maka lahirlah dari mereka pelbagai “petua ini dan amalan itu” yang tidak berasal dari Allah dan Rasul-Nya, tetapi berasal dari syaitan dan kuncu-kuncunya...
Semua petua dan amalan tersebut diikuti secara membuta oleh orang-orang yang berpendidikan tinggi kerana syaitan telah menakutkan mereka daripada mengkaji dalil dan mencari hujah....

Bagi orang yang memiliki pemikiran yang cemerlang...
syaitan menghiasi mereka dengan teori-teori yang canggih....
Orang-orang seperti ini banyak kita temui sekarang ini...
dimana mereka bercakap dengan nada Islam tetapi...
dengan isi kandungan yang menafikan ketuhanan (ateis)...
kemusyrikan dan kekufuran....

Sebagai contoh saya ambil...
ajaran Abdul Kahar Ahmad...
dia dianggap sebagai rasul melayu...

mengapa ramai yang mengikutnya...?
apakah keistimewaannya...?
sehingga taksub dengan ajarannya...?

bagi saya...
kerana ajarannya mudah....
solat hanya dalam hati....
dijamin masuk syurga....
dan sebagainya....

sehingga ada yang sanggup mengakui bahawa ajarannya masih betul...
apabila si Kahar ini telah dijatuhi hukuman....

saya memetik berita dari Harian Metro...
31 Oktober 2009
" KUALA LUMPUR: “Kami tidak akan lari atau bersembunyi, malah saya mengajak rakan lain menemui Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) secara sukarela,” kata bekas penyanyi kumpulan reggae era 80-an yang menjadi pengikut taksub ajaran Abdul Kahar Ahmad atau `Rasul Melayu’. "


Alangkah ruginya mereka yang terpesong dari agama Islam...
sesungguhnya tiada jalan pintas untuk ke syurga...

Firman Allah :

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah..... " ( Surah Al-Baqarah : 214 )

Berwaspadalah kita terhadap serangan ini...
sesungguhnya musibah yang paling besar...
ialah musibah yang melanda agama....
ketika itu...
manusia mengikut hawa nafsu...
pemikiran yang tidak berlandaskan agama...
mereka sesat lagi menyesatkan...
mereka jauh dari Allah.....

kerana inilah nabi berdoa...:

وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِى دِينِنَا, وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا, وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا, وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan musibah mengenai agama kami, dan janganlah engkau jadikan dunia sebagai sebesar-besar keinginan kami dan tujuan akhir dari ilmu kami, dan janganlah Engkau kuasakan atas kami orang-orang yang tidak menyayangi kami (HR at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

Kita berdoa pada Allah

agar dijauhkan dari musibah terbesar ini....

sesungguhnya kita umat Muhammad adalah umat yang terpilih...

yang menjadi saksi keatas umat terdahulu diakhirat kelak....

firman Allah...:

" Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu... " ( Surah Al-Baqarah : 143 )

renung-renungkan....

(^_^)





0 comments: